Mahu Anak Pintar ketahui caranya

 
Mahu Anak Pintar ketahui caranya

Ketahui bagaimana mendidik anak anda menjadi anak yang pintar cerdas dan pandai membaca sejak kecil 

 

Assalammualaikum & salam sejahtera buat ibu-ibu serta bakal ibu.
Boleh dikatakan, hampir semua ibu-bapa inginkan anak mereka menjadi anak yang pintar dan cerdas. Namun, seringkali, tanggungjawab untuk mendidik anak itu, diserahkan bulat-bulat kepada pihak penjaga, nursery, guru tadika dan kadangkala ada juga yang menyerahkannya kepada orang gaji.
Sebenarnya, untuk menghasilkan anak yang pintar, terdapat beberapa teknik dan formula yang boleh digunakan, ia sebenarnya bermula dari sejak anak tersebut di dalam kandungan lagi.
Namun begitu, untuk ibu-ibu yang sudah melahirkan anak, usah risau, ianya masih belum terlambat untuk membentuk anak-anak anda untuk menjadi anak yang pintar dan cerdas.

Baca lebih lanjut klik sini


Ramai Ibu-Bapa Kini, Mendidik Anak Mereka, Sepertimana "Ibu-Bapa Mereka Dahulu" Mendidik Mereka..

 

Zaman sudah berubah, dulu anak-anak yang berumur 4-6 tahun, banyak bermain nyorok-nyorok, kejar-kejar, cakar ayam, teng-teng dan sebagainya.. tetapi kini, anak-anak yang berumur 3 tahun pun sudah ada ipad/tablet sendiri.
Pesan Saiyidina Umar R.A "Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya.."
Saya masih ingat lagi, sewaktu saya kecil dahulu, saya mula belajar membaca sewaktu saya darjah 1 (umur 7 tahun), masuk darjah 2 (umur 8 tahun), barulah saya pandai membaca dengan agak lancar, ianya adalah normal pada waktu itu. Boleh dikatakan, semua rakan-rakan sekelas saya hanya pandai membaca selepas masuk darjah 2.
Ianya sangat berbeza dengan anak-anak zaman kini, pada umur 6 tahun, sebelum masuk darjah 1, mereka mestilah sudah pandai membaca. Jika tidak, mereka akan ketinggalan. Tambahan lagi, pada zaman ini, persaingan adalah sangat sengit. Semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

 Baca lebih lanjut klik sini




No comments:

Post a Comment